18 Mei 2010

LIVE LIFE!

Take chances. Tell the truth. Date someone totally wrong for you. Say no. Spend all your cash! Fall in love. Get to know someone random. Be random. Say I love you. Sing out loud. Laugh at a stupid joke. Cry. Get revenge. Apologize. Tell someone how much they mean to you. Tell the asshole what you feel. Let someone know what theyre missing. Laugh til your stomach hurts. LIVE LIFE!

12 Mei 2010

nasihat untuk perempuan

carilah lelaki yang mengatakan awak cantik daripada seksi, seseorang yang akan menelefon semula pabila awak putuskan panggilan, seseorang yang akan berbaring sambil mendengar degupan jantung awak, atau akan kekal berjaga hanya untuk melihat awak tidur....tunggulah seseorang yang selalu mencium dahimu, seseorang yang mahu menunjukkan awak kepada dunia biarpun awak berpeluh, sesorang yang akan memegang tangan awak walaupun dihadapan kawan-kawannya, seseorang yang sentiasa fikir awak tetap secantik tanpa solekan. seseorang yang selalu mengingatkan awak bagaimana dia sungguh mengambil berat tentang awak dan bagaimana dia merasakan dia sebagai jejaka paling bertuah kerana adanya awak........ seseorang yang berpusing kepada rakan-rakannya dan berkata, "itu dia...." :)

Find a guy who calls you beautiful instead of hot, who calls you back when you hang up on him, who will lie under the stars and listen to your heartbeat, or will stay awake just to watch you sleep... wait for the boy who kisses your forehead, who wants to show you off to the world when you are in sweats, who holds your hand in front of his friends, who thinks you' re just as pretty without makeup on. One who is constantly reminding you of how much he cares and how lucky he is to have YOU... The one who turns to his friends and says, thats her...



UNKNOWN

07 Mei 2010

Mengapa wanita suka merajuk?

Mengapa wanita suka merajuk?
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

no. 18 plak..


ppuan ni klu kita tegur dia utk kebaikan bersama, dia plak slh anggap dan mula cari mcm salah lelaki wlaupun xde kna mengena pun dgn apa yg kita tegur.....

04 Mei 2010

do you hate love?

Adakah anda pernah jatuh cinta? terukkan? ia membuatkan anda begitu 'mudah pecah'. Ia membuka dada dan hati anda dan itu bermakna bahawa seseorang boleh memasuki ke dalam diri anda dan membuatkan anda asyik terfikir tentang dia.

Anda membina benteng, siap pakai baju besi, jadi tiada siapa yang dapat menyakiti hati anda. tiba-tiba ada seorang mana ntah yang bodoh, tidak berbeza daripada orang bodoh lain, mengembara ke dalam hidup bodoh anda ... dan anda memberi mereka sedikit diri anda .  

bukannya mereka minta pun.  

suatu hari mereka buat sesuatu yang bodoh, seperti senyum pada anda. 

selepas itu hidup anda bukan hidup anda lagi. anda jadi gila.................makan tak lena, tidur tak basah, mandi tak kenyang.

Cinta memerlukan tebusan. Ia masuk ke dalam diri anda.mulai memakan anda dan anda mulai menangis keseorangan. oh sakitnya rasa. bukan sekadar imaginasi. bukan sekadar hanya pada fikiran. ianya dalam jiwa, betul betul- dalam dalam- dan -sikit sikit- sampai sakit. dan tiba-tiba apa yang anda tahu mata anda bergelinangan. setitis demi setitis. argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!