mimpi yang sungguh pelik, grand prix motogp langkawi sudah nak start. aku tengah nak siap-siap. ntah macam mana aku terstart awal perlumbaan, rupa-rupanya aku tidak keseorangan, micheal scumacher ada kat belakang aku. dia membonceng motor aku. rupa-rupanya aku ni tak pandai bawak motogp yg sungguh sofiskated tu. micheal shumacher yang pandai berbahasa melayu dan baik hati serta humble mengajar aku bagaimana menggunakan motogp. lepas tu kami sesat kat langkawi, tak ingat trek, tiba-tiba ada pulak kereta team lotus f1, kami pun kejar. disebabkan aku baru je belajar so lambat dan jauh ketinggalan lah kami. lepas tu kami singgah di kampung-kampung kat langkawi. lapar. lepas tu jumpa pulak pelancong dari jerman. micheal siap layan pulak mereka. lepas tu kami sesat lagi sampai kat korea, gf aku kena penjara kat sana, lepas tu aku nak kena pergi make up sebab nak baca berita, studio makeup ada kat penjara korea. lepas make up on da way balik tayar moto pancit pulak. nasib baik micheal schumacher sungguh baik, rendah diri dan pandai berbahasa melayu tahu bagaimana nak tukar tayar. mana dapat spare part pun aku tak tahu. tiba-tiba kena marah dari seorang tua kerana tak tunggu lampu merah untuk memulakan perlumbaan. michealscumacher hanya gelak sahaja. buat lawak loyer buruk. banyak ilmu yang diturunkan kat aku. tiba-tiba baby kat sebelah aku menangis. lalu aku terjaga.
mimpi apa kah ini?