27 Februari 2010

Tentang cinta

Jangan sesekali terfikir bahawa akan berjumpa dengan seseorang yang lebih baik selepas ini, kerana apa yang anda sedang miliki sekarang sudah yang terbaik.


Jangan sesekali terfikir bahawa anda masih terlalu muda dan oleh sebab itu anda sepatutnya berkahwin ketika anda sudah dewasa, tapi cinta tak boleh menunggu.

Jangan pernah menyerah pada cinta hanya kerana jarak yang jauh, karena cinta adalah lebih hebat sekiranya anda boleh menahan perjalanannya.

Jangan pernah menyerah kalah hanya kerana dia tidak berada, kerana selama dia mampu, ketekunan akhirnya akan membawa keuntungan.

Jangan menyerah kalah hanya kerana orang tua menghalang, anda akhirnya akan menyedari bahawa menyerah cinta yang suci seperti itu akan menyebabkan kamu menyesal seumur hidup.

Hakikatnya, bila bercakap tentang cinta, lebih mudah sesuatu itu, lagi senanglah sepatutnya.

Cara yang terbaik adalah kalau kita hanya perlu jatuh cinta untuk sekali sahaja. Kerana jika kita mengalaminya terlalu banyak, kita mungkin tidak akan merasa apa-apa lagi. Kerana semakin kerap kita putus cinta, kita akan mulai terbiasa dan jika kita terlalu sering menukar cinta kita, kita akan mula membandingkan mereka.

Dan akhirnya kita tidak akan lagi percaya pada cinta, kita akan putus asa, dan kita akan berakhir dengan kesepian dan menjadi mayat hidup yang berjalan.

Anda akan menikahi seseorang yang anda tidak cintai dan begitulah sisa hidup anda.

Oleh kerana itu, jika anda sudah memegang tangan seseorang, jangan menyerah kalah begitu saja, jangan suka-suka menarik kembali janji-janji yang telah anda taburkan dan selalulah mengingat kembali komitmen anda sebelum ini.

kerana sesetengah orang dan sesetengah kisah, sekali ianya berlaku ianya menjadi kenangan untuk seumur hidup.