27 Februari 2010

Tentang cinta

Jangan sesekali terfikir bahawa akan berjumpa dengan seseorang yang lebih baik selepas ini, kerana apa yang anda sedang miliki sekarang sudah yang terbaik.


Jangan sesekali terfikir bahawa anda masih terlalu muda dan oleh sebab itu anda sepatutnya berkahwin ketika anda sudah dewasa, tapi cinta tak boleh menunggu.

Jangan pernah menyerah pada cinta hanya kerana jarak yang jauh, karena cinta adalah lebih hebat sekiranya anda boleh menahan perjalanannya.

Jangan pernah menyerah kalah hanya kerana dia tidak berada, kerana selama dia mampu, ketekunan akhirnya akan membawa keuntungan.

Jangan menyerah kalah hanya kerana orang tua menghalang, anda akhirnya akan menyedari bahawa menyerah cinta yang suci seperti itu akan menyebabkan kamu menyesal seumur hidup.

Hakikatnya, bila bercakap tentang cinta, lebih mudah sesuatu itu, lagi senanglah sepatutnya.

Cara yang terbaik adalah kalau kita hanya perlu jatuh cinta untuk sekali sahaja. Kerana jika kita mengalaminya terlalu banyak, kita mungkin tidak akan merasa apa-apa lagi. Kerana semakin kerap kita putus cinta, kita akan mulai terbiasa dan jika kita terlalu sering menukar cinta kita, kita akan mula membandingkan mereka.

Dan akhirnya kita tidak akan lagi percaya pada cinta, kita akan putus asa, dan kita akan berakhir dengan kesepian dan menjadi mayat hidup yang berjalan.

Anda akan menikahi seseorang yang anda tidak cintai dan begitulah sisa hidup anda.

Oleh kerana itu, jika anda sudah memegang tangan seseorang, jangan menyerah kalah begitu saja, jangan suka-suka menarik kembali janji-janji yang telah anda taburkan dan selalulah mengingat kembali komitmen anda sebelum ini.

kerana sesetengah orang dan sesetengah kisah, sekali ianya berlaku ianya menjadi kenangan untuk seumur hidup.

5 ulasan:

  1. tapi...saya rasa dh penat menunngu..dan maybe dia bukan jodoh saya..mungkin lepas ney saya akan dpat yang lebih baik daripada dia kowt..dia pergi mcm tuh ja...

    BalasPadam
  2. syafadhilah, percayalah tuhan sedang menyediakan awak untuk pengalaman yang lebih baik. apa sahaja yang awak pernah alamai itu adalah sebagai persediaan untuk awak menghadapi sesuatu yang lebih dari apa yang pernah awak alami :)

    BalasPadam
  3. amat bermakna kata-kata di atas 2,menyelinap ke jiwa yang membacanya...dan membuat saya terfikir sejenak erti hidup nie

    BalasPadam
  4. ok. saya sangat bersetuju dengan Fadhil..
    kadang-kadang bila cinta itu sering bertukar, kita akan membandingkan pasangan dan kadang-kadang kita sering inginkan pasangan yang sekarang lebih baik dari yang sebelumnya.uh, tak adil untuk si dia kan.


    *follow your blog :)

    BalasPadam

apa pula pandangan ataupun pendapat anda, silalah kongsikan :)