08 Mac 2010

Bersyukur



Bersyukur, menghargai dan berterima kasih.
Tidak kira apa sahaja perkataan yang anda gunakan ianya memberikan maksud yang sama.
Bahagia.
Kita seharusnya bahagia.
Bersyukur kerana adanya kawan-kawan dan keluarga.
Bahagia kerana dapat hidup.
Samada kita suka atau tidak.
Mungkin kita tidak sepatutnya merasa bahagia.
Mungkin rasa bersyukur tidak ada kaitan langsung dengan kegembiraan.
Mungkin merasa bersyukur ialah menyedari apa yang anda ada dan apa yang anda miliki sekarang ini.
Menghargai kemenangan-kemenangan yang kecil yang kita pernah kecapi.
Mengagumi perjuangan yang diperlukan hanya untuk menjadi seorang manusia.
Mungkin kita bersyukur untuk hal-hal yang biasa kita ketahui.
Dan mungkin kita bersyukur untuk perkara-perkara yang tidak akan kita ketahui.
Dan akhirnya, mengetahui bahawa kita memiliki keberanian untuk tetap teguh berdiri ... adalah alasan yang cukup untuk meraikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa pula pandangan ataupun pendapat anda, silalah kongsikan :)